Tabata Senaman Bakar Lemak

Shares

Ramai pulak yang berminat nak tau apa itu Tabata. Tahun ni memang kak Yan explore a few fitness activities. Maklum lar dah nak masuk 4 series ni.  Antara yang kak Yan dah sempat join zumba, pound, piloxxing and latest TABATA.

Pergerakkan dalam tabata tak de lar ikut music sangat mcm zumba, tabata banyak lompat2. Anyway kalau tak boleh follow ada option lain. Yang penting kita buat ikut kemampuan.

Untuk permulaan lakukan Tabata dengan perlahan dan mengikut tahap. Never push yourself ok!

Kelebihan Tabata

Tabata ialah  excersice yang sangat cepat dan efektif untuk meningkatkan kadar metabolisme badan dan membakar lemak.

Senaman Tabata adalah senaman yang boleh membakar lemak

Tabata fokus pada muscle. Pembakaran lemak jadi sangat berkesan bila muscle itu sendiri yang membakar lemak. Lemak yang dibakar akan bertukar menjadi tenaga.

Berbanding diet biasa, sel lemak hanya akan mengecut. Tapi bila buat Tabata excersice ni, muscle  akan membantu untuk membakar lemak.

Yang menariknya, lemak akan terus terbakar walaupun selepas 2-3 hari buat workout ni.

Bayangkan masa tidur pun lemak terbakar. Best betul!

Apa itu Tabata?

Tabata ni satu excersice atau training yang dipelopori oleh seorang saintis Jepun: Dr Izumi Tabata dan researchers daripada National Institute of Fitness and Sports, Tokyo.

Setiap excersice dalam Tabata fokus pada satu otot lebih kurang dalam 4 minit sebelum fokus pada otot lain. Pergerakan dalam Tabata nampak mudah tapi…… hu2..kalau belum biasa memang lebam rasa..anyway worth to try it.

Setiap pergerakkan yang sama akan dibuat dalam tempoh 4 mint sahaja.

Setiap tempoh 4 minit ni, badan kita akan dipaksa untuk capai tahap maksimum aerobik dan anarobik. Can u imagine it??

Tabata Sructure

Biasanya, dalam tabata kita akan complete 8 rounds. Setiap satu round kita perlu work hard..yes really hard..but u can do it babe.

Lepas tu kita rest dalam 10 seconds sebelum sambung round yang seterusnya.

Secara ringkas setiap movement mcm ni :

  • Workout hard for 20 seconds
  • Rest for 10 seconds
  • Complete 8 rounds

Contoh Tabata workout

  1. Push-ups (4 minutes)
  2. Bodyweight Squats (4 minutes)
  3. Burpees (4 minutes)
  4. Mountain Climbers (4 minutes)

Selamat membakar lemak.. get fit and healthy!… dapat kurus satu bonus. Yang penting sihat!

Kalau ada yang dah join fitness exercise yang lain, boleh share pengalaman di ruang comment di bawah. Nak tanya atau share pasal Tabata pun boleh.

 

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment:

3 comments
rozita says November 22, 2017

saya cuba buat tabata dirumah sekarang ni..

Reply
    Kak Yan says November 23, 2017

    bagus2..lepas ni guling2 kat rumah pun lemak terbakar

    Reply
Umi says January 18, 2018

Jom kurus!

Reply
Add Your Reply