Cara Makan Minyak Zaitun

Shares

Susah lar .. rasa melekat sampai ke tekak.. pahit sangat..sampai ke petang rasa pahit. Macam-macam feedback Kak Yan dapat sepanjang mempromosikan quranic food ni pada fren & family.

Mungkin cara makan minyak zaitun tu ada something wrong somewhere..

Tak dinafikan bukan semua orang bole consume minyak zaitun secara direct. Mungkin sebab rasanya dan yang pasti sebab minyak zaitun belum dibudayakan sepenuhnya dalam masyarakat kita.

Tapikan kalau betul-betul menjiwai khasiat minyak zaitun sebagai quranic food yang Rasulullah SAW sendiri anjurkan, memang kita bertabah jugaklah untuk amalkan. Kene kreatif dan pikir cara makan minyak zaitun sampai kita bole rasa nikmatnye dalam setiap suapan.

Minyak zaitun adalah Super Food yang memang superb. Sayang kalau ditinggalkan hanya kerana kita tak tau cara makan minyak zaitun yang sesuai dengan citarasa kita!

Rasulullah SAW bersabda :

“Makanlah minyak zaitun, dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tarmizi)

Rasa Minyak Zaitun

Rasa minyak zaitun bergantung pada orang yang rasa…he3.

Ada orang kata sedap..ada pulak yang rasa pahit… ada jugak yang kata rasa lemak. Yang pastinya ia berminyak.

Sepanjang bebrapa tahun menjadi pengamal tegar extra virgin olive oil , Kak Yan dah rasa macam-macam jenis minyak zaitun. Seperti Pati Minyak Zaitun Olive House, EVOO (extra virgin olive oil) , PEVOO (Palestinian Extra Virgin Olive Oil) , organik dan yang bukan organik.

Setakat ni OLIVIE PLUS 30x keluaran Olive House memang minyak zaitun paling sedap pernah Kak Yan consume. Selain rasanya yang sedap, khasiat Olivie Plus 30x bersamaan dengan 30 kali ganda pati minyak zaitun biasa.

Rasa dan aroma buah zaitun mmg betul2 terasa. Pagi ni dapat pulak sharing dari seorang sahabat tentang rasa Minyak Zaitun Olivie.

“bru telan zaitun oil olivie..mmg pure betul rasa dia masyaAllah. rasa mcm makan buahnya.. betul2 holiau😄😄
rindu pla berpagian dgn aroma pokok zaitun😭”

Tapikan tak ramai org boleh rasa nikmat “sedap” ni.  Sebelum ni anak2 dan suami Kak Yan pun memang tak sanggup nak consume minyak zaitun secara direct.

Sekarang Alhamdulillah. Hampir setiap pagi dah jd rutin satu sudu minyak zaitun olivie dan madu sebelum ke sekolah.

Kali ni, Kak Yan nak kongsikan cara makan minyak zaitun yang sesuai diamalkan untuk family kita. Samada kita sendiri, pasangan, anak2, ibu dan bapa. Moga bermanfaat dan dapat amalkan.

Cara Makan Minyak Zaitun

Apapun yang penting sebelum kita nak ajak orang lain beramal dengan minyak zaitun, ia perlu dimulakn dengan diri kita sendiri. he3.

So lets change. Caranya mudah, awal2 tu kita perlu tukar mind setting. Buat study sikit tentang kelebihan, khasiat dan kenapa perlu sangat beramal dengan minyak zaitun.

Dengan ilmu yang ada, insya ALLAH kita lebih terbuka untuk cuba. Ok dah sedia??

Senang je cara makan minyak zaitun.

Cara Pertama Makan Minyak Zaitun

Ambil 1 sudu makan minyak zaitun dan suap ke mulut kemudian lalukan dengan air suam. Cara ni sesuai bagi anda yang sudah biasa mengambil minyak zaitun.

Cara Kedua Makan Minyak Zaitun

Ambil 1 sudu makan minyak zaitun dan suap ke mulut kemudian lalukan dengan air yang dah dicampurkan dengan madu.

Cara buat air madu – Ambil separuh cawan air lebih kurang dalam 100ml dan campurkan dengan 1 sudu madu asli. Dan kacau. Cari madu yang asli ye.

..tadaa siap. senangkan…

Cara Ketiga Makan Minyak Zaitun

Dalam sudu yang sama campurkan minyak zaitun dan madu. Kemudian minum. Ni paling senang. Dapat kan?

Pengalaman Makan Minyak Zaitun Dengan Anak-anak

Teknik nak makan bagi kita dan pasangan just apply yang sama di atas.

Tapi untuk anak2 pulak kita perlu add on tips n tricks yang boombastik sikit. Bergantung pada personaliti anak kita macam mane.

Anak pertama Kak Yan memang paling senang just saiko sikit cerita Rasulullah SAW mmg amalkan minyak zaitun so jadi kuat jadi sihat. Setel!

Anak kedua paling mencabar. Saiko sama mcm abang tapi tak jalan. Macam2 adegan dia buat…ee gerammm je.

Lastly Kak Yan apply cara yang Ustaz Rozie ajar.

Sebelum bagi dia makan minyak zaitun tu, Kak Yan suruh dia baca Surah Tin. So dia ikut bacaan Kak Yan.

Alhamdulillah, terkejut dan terharu..betul2 kali ni dia berjaya telan. Power kan Quran ni. Sejak haritu jarang dah ada masalah bila setiap pagi nak suruh dia makan minyak zaitun.

Kesimpulan

Terpulang apa cara pun kita nak guna,  yang penting dapat amalkan. Sayang wei tak amal quranic food n sunnah. Kalau uolss ada teknik lain boleh share kat komen di bawah.

Bagi yang baru nak mula makan minyak zaitun boleh cuba Pati Minyak Zaitun Olive House dulu. Untuk kesan yang maksima sekiranya anda ada sakit-sakit boleh cuba Minyak Zaitun Olivie Plus 30X.

Ok, jom amal.

Amal dapat pahala, tak amal rugi! Bersama martabatkan Rasulullah SAW sebagai pakar nutrisi agong.

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment:

3 comments
Abah says June 21, 2019

Tq… Mau cuba

Reply
Azyan says July 10, 2019

Salam,kakyan,minum minyk zaitun ni kena guna sudu plastik mcm minum madu ka,sya x tahu duk guna sudu besi utk minyk zaitun.

Reply
salmah nurdin says September 19, 2019

boleh ka EVOO di diminum terus oleh bayi berusia 10 bulan tanpa dicamourkan pada makanannya

Reply
Add Your Reply