Susu Kambing Organik

Shares

 

Trend harini rata-rata orang mencari susu kambing. Terdapat macam-macam brand susu kambing dalam pasaran negara kita. Pada Kak Yan, yang terbaik pilih yang organik dan pure tanpa sebarang campuran makhluk asing..ahaks.

Harini kak Yan nak share tentang “kenapa kita perlu pilih susu kambing?” Info di bawah Kak Yan dapat dari perkongsian Ibu Yani.

Kenapa Susu Kambing?

Banyak kajian tentang khasiat susu kambing yang telah dijalankan di pelbagai universiti serta beberapa orang pakar seluruh dunia. Secara kolektifnya, semua kajian membawa kepada penemuan yang memeranjatkan tentang betapa berkhasiatnya susu kambing untuk kesihatan dan keseimbangan badan manusia.

Kandungan Protein Terbaik Selepas Susu Ibu

Kandungan protein dalam susu kambing hampir menyamai dengan susu ibu di mana ia mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino essential.

Menguatkan Tulang

Gabungan kalsium dan fosforus yang membentuk calsium phosphate yang terdapat dalam komonen susu kambing penting untuk membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Mengurangkan Risiko Kanser Paru-Paru

Susu kambing juga mengandungi selenium yang dikatakan paling tinggi berbanding susu lembu serta lain-lain produk tenusu lain. Selenium merupakan elemen efektif dalam melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Center menunujukkan tambahan selenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung Koronari

Kajian yang dibuat di Universiti Reading di Cardiff dan Bristol mendapati yang meminum susu kambing berkesan mengurangkan risiko penyakit jantung koronori dan strok sebanyak 15-20%. Selain daripada itu, ia terbukti mengandungi probiotik.

Memudahkan Pencernaan Dan Penghadaman Makanan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa probiotik atau bakteria baik seperti Lactobacillus bermanfaat dalam merangsang kesihatan saluran usus. Bukti terkini menunjukkan Lactobacillus sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun. Probiotik juga menghasilkan bahan antimikrob, iaitu, nutrien yang dapat menentang jangkitan akibat patogen dalam salur pencernaan.

Kajian Umum

Kajian saintifik juga mendapati yang susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, artheritis serta anti barah. Ia juga mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, sakit jantung, peringkat awal, ulser perut, serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.

Menurut Dr Javier Diaz Castro dari Jabatan Fisiologi Universiti Granada, susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan berbanding dengan susu lembu. Kebaikan susu kambing di antaranya adalah menolong mencegah anemia (kekurangan zat besi), tulang rapuh dan mencerdaskan minda kanak-kanak.

Fakta yang paling menarik tentang susu kambing adalah komposisinya yang mengandungi 13% lebih kalsium, 25% lebih vitaminB-6, 27% lebih antioksida selenium, 47% lebih vitamin A, 1.34% lebih potassium, 3.5% lebih niasin dan bersifat Alkali. Ini bermakna ia dapat membantu mengatasi masalah gout atau kandungan asid tinggi di dalam badan.

Pengambilan susu kambing 1 gelas pagi dan 1 gelas malam secara konsisten di dapati dapat membantu sistem usus dan pencernaan, mencantikkan kulit, menguatkan tulang, mengawal masalah darah tinggi, mengelakkan masalah sakit jantung serta memeberikan keseimbangan kesihatan.

(Sebahagian daripada artikel ini merupakan petikan dari buku “Goat Milk Magic” tulisan Dr. Bernard Jensen)

 

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: