Khasiat Minyak Zaitun : Dr Norman Norawi

Shares

Supplement harian???..  Ramai orang tercari-cari apa makanan tambahan nak pilih untuk seisi family. Pada kak Yan, jawapan nya sangat mudah.

Pilih minyak zaitun. Khasiatnya terlalu tinggi, tersangat-sangat banyak. Bukan sekadar sebagai membantu tingkatkan imunisasi dalam badan, tapi juga sebagai perlindung dari penyakit-penyakit kronik, insya ALLAH.

Banyak produk berasaskan minyak zaitun di pasaran dan Kak Yan cadangkan pilih minyak zaitun yang berkualiti.

Kali ni kak Yan kongsikan info tentang khasiat minyak zaitun dari perkongisan di FB Dr Norman Norawi.

Membekalkan Lemak Sihat

‘Minyak Sihat’ yang juga sangat baik untuk kesihatan adalah Minyak Zaitun..

Minyak zaitun di ekstrak daripada buah zaitun yang di tanam di kawasan beriklim sederhana seperti di Mediterranean.

Kandungan lemak dalam minyak zaitun yang utama adalah jenis mono tak tepu (monounsaturated fatty acid, MUFA) iaitu Asid Oleic atau Omega 9 . 
Kandungan Omega 9 dalam minyak zaitun adalah 71% ke 75% yang merupakan lemak sihat yang penting untuk kesihatan.

Minyak zaitun juga mengandungi lemak tepu sebanyak 13% ke 24%.

Kandungan asid lemak tak tepunya (PUFA) adalah 9% iaitu 8% adalah Omega 6 dan 1% omega 3. Oleh itu minyak zaitun bukanlah sumber omega 3 yang baik kerana kandungan Omega 3 yang rendah.

Omega 9 adalah minyak yang bersifat anti keradangan yang sangat baik untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga risiko penyakit kanser secara umumnya.

Kaya Dengan Antioksidan

Minyak zaitun adalah minyak sihat yang sangat kaya dengan anti oksidan polifenol. Di samping tinggi dengan omega 9 ia juga kaya dengan Vitamin E dan Vitamin K

Kandungan anti oksidan dalam minyak zaitun sangat penting untuk mencegah dan melawan penyakit kronik.

Anti oksidan dalam minyak zaitun boleh mencegah pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan masalah atherosklerosis di samping ia melawan keradangan atau inflammasi kronik yang akan menyebabkan penyakit jantung koronari

Di . antara anti oksidan di dalam minyak zaitun adalah oleuropein, oleocanthal, tyrosol dan hydroxytyrosol

Kajian juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun boleh mencegah kanser payudara kerana kandungan anti oksidannya yang tinggi.

Anti Keradangan

Masalah keradangan (inflamasi) kronik adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, kardiovaskular, sindrom metabolik, diabetes, obesiti, radang sendi (arthritis) & Alzheimer.

Pemakanan yang anti keradangan adalah kunci mencegah penyakit -penyakit ini. Minyak Zaitun bersifat anti keradangan dan kerana itulah ia adalah makanan yang sangat sihat.

Dalam minyak zaitun, bahan anti keradangan adalah anti oksidan di dalamnya iaitu Oleocanthal.  Kajian menunjukkan oleocanthal (50ml , dalam 3 ke 4 sudu makan) mempunyai kekuatan anti keradangan sama seperti 10% ubat ibuprofen (tetapi tanpa kesan sampingannya).

Kajian juga menunjukkan bahan lemak asid Oleic (omega 9) didalam minyak zaitun boleh menurunkan paras penanda keradangan CRP dalam darah yang bermaksud ia bersifat anti keradangan

Kajian juga menunjukkan bahan anti oksidan polifenolnya boleh menghalang gen dan protin di dalam sel yang meningkatkan kadar keradangan dalam tubuh.

Mencegah Strok/ Angin Ahmar

Minyak zaitun boleh membantu mencegah penyakit Strok atau angin ahmar.

Strok di sebabkan gangguan pengaliran darah ke otak samada berpunca daripada saluran tersumbat (thrombotic) atau saluran darah pecah (hemorrhagic stroke).

Penyakit Strok adalah penyakit pembunuh ketiga selepas kanser dan serangan jantung di Malaysia. Terdapat banyak kajian mengkaji kesan pengambilan minyak zaitun mencegah strok.

Satu kajian review yang besar melibatkan 841,000 peserta menunjukkan minyak zaitun adalah satu-satunya sumber lemak mono tak tepu (MUFA) yang boleh mengurangkan risiko penyakit Strok dan Penyakit Jantung Koronari.

Mendapatkan Berat Badan Yang Ideal

Satu fakta yang perlu kita fahami, ialah makan lemak (minyak) tidak akan menjadikan anda banyak lemak (gemuk/obes).  Minyak sihat adalah kuncinya. Di antara minyak yang tidak akan menggemukkan adalah minyak zaitun..

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan pemakanan yang kaya dengan minyak zaitun (Diet Mediterranean) akan mengawal berat badan dengan lebih baik

Satu kajian selama 2 setengah tahun yang melibatkan 7000 peserta daripada pelajar kolej di Sepanyol yang mengambil banyak minyak zaitun dalam pemakanan mereka tidak mempunyai masalah obesiti atau berlebihan berat badan

Oleh itu jelas daripada kajian tersebut pengambilan lemak atau minyak sihat seperti minyak zaitun tidak berkaitan dengan masalah obesiti.

Melindungi Daripada Serangan Jantung

Penyakit jantung koronari adalah penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia.

Kajian menunjukkan penyakit jantung koronari adalah sangat jarang berlaku di kalangan penduduk di sekitar kawasan Mediterranean. Minyak zaitun Extra Virgin adalah kunci kepada pemerhatian ini kerana penduduk di Mediterranean mengambil banyak minyak zaitun dalam pemakanan mereka.

Kajian menunjukkan minyak zaitun berfungsi dengan :
¤ menurunkan paras kolesterol LDL,
¤ mencegah pengoksidaan kolesterol LDL (anti oksidan)
¤ menjaga fungsi lapisan dalam saluran darah arteri (endothelium) dengan mencegah keradangan (anti keradangan)
¤ mencegah darah beku

Minyak zaitun juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi iaitu faktor risiko untuk serangan jantung dan kematian pra-matang.Dalam satu kajian mendapati minyak zaitun boleh membantu mengurangkan keperluan kepada ubat tekanan darah tinggi sehingga 48%.

Terdapat banyak sangat kajian menunjukkan kelebihan minyak zaitun kepada kesihatan jantung kita.

Mengurang Risiko Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah penyakit neurodegeratif yang utama di dunia

Ia berpunca daripada pengumpulan ‘beta amyloid plak’ dalam sel-sel otak

Kajian dalam makmal menunjukkan pengambilan minyak zaitun boleh membuang ‘plak beta amyloid ‘ ini daripada sel-sel otak tikus

Satu lagi kajian menunjukkan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan Mediterranean boleh membantu meningkatkan fungsi otak dan mencegah penyakit Alzheimer. Insya Allah.

Membantu Mengawal Penyakit Diabetis

Diabetes mellitus (Type 2) adalah penyakit nombor satu di Malaysia

Menurut statistik KKM, 17.5% penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai penyakit diabetes.

Minyak zaitun boleh membantu mengawal penyakit ini berdasarkan kajian sains iaitu ia boleh mengawal paras glukosa darah dan memulihkan masalah rintangan insulin (insulin resistance)

Satu kajian klinikal rambang yang melibatkan 418 orang peserta yang bukan pesakit diabetes telah menunjukkan minyak zaitun boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes ini
Dalam kajian ini, seseorang yang mengambil pemakanan yang tinggi Minyak zaitun iaitu Mediterranean Diet boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes sehingga 40%

Amalkan minyak zaitun extra virgin setiap hari untuk membantu kita mengawal masalah diabetes ini. Insya Allah.

Anti Kanser

Kanser adalah penyakit pembunuh kedua selepas penyakit jantung koronari.

Kajian menunjukkan penduduk di Mediterranean mempunyai kadar penyakit kanser yang lebih rendah berbanding tempat yang lain adalah kerana tabiat penduduknya yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan seharian mereka.

Minyak zaitun mempunyai kandungan anti Oksidan yang tinggi di dalamnya iaitu yang larut lemak (vitamin E) dan larut air (polifenol -Hydroxytyrosol, Tyrosol, Oleocanthal & Oleuropin).

Anti oksidan ini membantu menentang kerosakan oksidatif akibat serangan radikal bebas yang menjadi di antara punca kanser berlaku
Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan minyak zaitun boleh membantu mencegah dan melawan merebaknya sel-sel kanser seperti kanser payudara dan kanser usus.

Merawat Penyakit Radang Sendi Rheumatoid

Penyakit radang sendi Rheumatoid adalah penyakit autoimmun yang menyebabkan sendi bengkak dan sakit yang akan menyebabkan sendi menjadi cacat.

Punca sebenarnya masih belum di kenalpasti sepenuhnya tetapi ia melibatkan sistem imuniti tubuh menyerang sel-sel sendi yang normal.

Pengambilan minyak zaitun di dapati boleh menurunkan penanda keradangan dan kesan stres oksidatif dalam individu yang mempunyai penyakit Rheumatoid arthritis ini.

Menurut kajian minyak zaitun adalah lebih efektif untuk sakit sendi Rheumatoid ini dengan kombinasi bersama Omega 3 (minyak ikan) yang juga merupakan minyak sihat yang bersifat anti keradangan.

 Membunuh Bakteria Merbahaya

Minyak Zaitun mengandungi bahan nutrisi yang menghalang pembiakan atau membunuh bakteria yang merbahaya.

Bakteria yang merbahaya yang boleh menyebabkan masalah gastritis, ulser perut dan kanser perut adalah Helicobacter pylori.

Kajian di makmal menggunakan tabung uji menunjukkan minyak zaitun extra virgin adalah efektif menentang 8 jenis strain H. pylori yang mana 3 jenis yang mempunyai rintangan kepada antibiotik

Berdasarkan kajian kepada manusia menunjukkan 30 gram Minyak Zaitun extra virgin boleh menghapuskan jangkitan H. pylori dalam 10 ke 40% kes yang terjadi secepat 2 minggu.

Secara umumnya minyak zaitun adalah baik untuk membantu masalah gastrik dan ulser. Insya Allah.

*******

Masya ALLAh banyakkan khasiat minyak zaitun. Jom kita mulakan harini. Satu sudu sebelum tidur dan satu sudu selepas bangun tidur.

Ia sesuai untuk dewasa, kanak-kanak dan juga bayi.  Selain dimakan begitu sahaja, ditambah dalam makanan, minyak zaitun juga bagus disapu terus pada kulit sebagai moisturizer.

Antara produk minyak zaitun yang Kak Yan cadangkan dan Kak Yan sendiri ambil setiap hari bersama keluarga ialah Pati Minyak Zaitun Olive House, Olivie Plus 30X dan Olivie Power UP.

Bagi yang belum biasa makan minyak zaitun tu, Kak Yan cadangkan ambil Pati Minyak Zaitun Olive House dahulu. Tapi untuk hasil yang lebih baik boleh ambil Minyak Zaitun Olivie Plus 30X. Bagi kesan yang lebih baik bagi mengatasi penyakit kronik, boleh cuba ambil Olivie Power UP.

Ada banyak cara makan minyak zaitun ni, Kak Yan ambil jalan yang mudah dengan menggunakan sudu dan dimakan pada waktu pagi. Anak-anak Kak Yan pun suka mulakan sarapan pagi dengan pati minyak zaitun asli.

Anak anda mulakan sarapan pagi dengan menu apa? Jom kongsikan di ruang komen di bawah dan klik SHARE untuk kongsikan artikel ni bersama kawan-kawan.

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: