Breastfeeding While Pregnant.

Shares

Assalamualaikum and good day.

Boleh ke ibu yang mengandung, menyusukan anak?

Banyak soalan yang sama kak Yan terima. Masya Allah beginilah pengorbanan seorang ibu. Walaupun doktor sudah sahkan mengandung masih rasa bertanggungjawab untuk sempurnakan penyusuan untuk anak yang sedia ada.

Persoalannya : boleh atau tidak?

Dalam menjawab persoalan ini, kak Yan ada 2 jawapan : boleh dan tidak boleh. Semua keputusan yang kita ambil bergantung badan masing-masing.

Mengikut pengalaman kak Yan yang lepas semasa 2nd pregnancy, kak Yan memang masih continued breastfeed anak yang sulung memandangkan usia si abang masa tu belum cukup 2 tahun.

Tapi, keputusan tu kak Yan ambil dengan pemantauan dari doktor. Selepas doktor cek rahim semua ok dan kak yan tak ada rasa sakit semasa breastfeed so kak yan dibenarkan untuk continue breastfeed walaupun kak Yan sedang pregnant.

Basically memang tiada masalah untuk breastfeed semasa pregnant, KECUALI :

  • mommy rasa sakit dekat rahim semasa breastfeed
  • staning atau bleeding semasa pregnant
  • rasa terlalu letih hingga menjejaskan mood dan kesihatan
  • ada sejarah keguguran
  • rahim tidak kuat

untuk semua mommy yang ada ciri-ciri di atas, memang sewajarnya perlu sangat-sangat pergi cek doktor sebelum buat keputusan untuk terus breastfeed anak yang sedia ada. (tapi jangan lupa cari doktor yang pro breastfeeding ye! )

** untuk mommy yang decide untuk continued breastfeed semasa pregnant, memang kene kawal mental. Pregnant pun kita dah rasa letih. lagikan breastfeed dan pregnant.

Dan biasanya semasa pregnant, susu akan merudum dan tidak digalakkan untuk power pumping bagai. Sebab semasa pregnant, nipple akan jadi sangat sensitif : untuk direct breastfeed pun rasa kurang  selesa, apatah lagi untuk pam.

Ada juga situasi di mana anak itu sendiri yang akan reject untuk breastfeed sebab rasa susu juga sudah berubah semasa pregnant.

Anyway, jika mommy plan untuk full breastfeed anak hingga 2 tahun penuh, may be boleh rancang next pregnancy after wean off (putus susu) anak yang sedia ada.

Moga info ini membantu. Sebarang persoalan boleh tanya kat komen ok.

Enjoy your breastfeeding momment.

Kak Yan

Your Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

 

gambar ehsan dari mr Google.

 

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: