5 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Share

Nenek saya kata kan… Mak saya kata kan… Moyang saya katakan.. Kakak saya kata kan…

Hu3.. macam2 orang berkata-kata tentang penyusuan susu ibu. Yang ok, kita pakai, yang tak ok atau kak Yan kategorikan sebagai mitos, kita abaikan.

Ada banyak mios dalam penyusuan susu ibu. Harini kak yan cerita 7 sahaja.

Mitos 1

“Saya memang dari keturunan yang tak cukup susu”.

Sebenarnya tak de istilah macam ni. Walaupun memang pada realitinya ada ibu yang tidak direzekikan untuk ada susu, macam bonda Rasulullah tapi bilangannya adalah sangat sedikit. Jika kita rasa tak de susu atau susu kurang, boleh cuba segala teknik dulu. If dah usaha betul2 dan memang tak de rezeki, itu lain cerita.

Mitos 2

“breast saya tak besar, jadi susu tak banyak”

Size breast langsung tak mempengaruhi banyak atau sikit susu. Ada ornag yang breast besar, tapi salah teknik, akhirnya tak de susu jugak.

Mitos 3

“Jangan dipam / perah susu tu. Nanti tak cukup anak nak minum direct”

Ini lagi satu. Masa kak yan mula2 pam susu, inilah yang mak cakap. Tapi pada hakikatnya, makin banyak kita pam, susu akan makin meriah. Kita kembali pada konsep “demand & supply“.

Kalau nak buat eksperiment : Cuba mommy try, selepas menepam, agak2 susu dah tak boleh keluar, amik anak dan breastfeed dia. Lepas tu cuba pam balik. Biasanya susu akan ada balik lepas anak breastfeed. ahaks.

Mitos 4

“Saya terpaksa top up susu formula sebab anak saya macam tak puas lepas breastfeed. Dia asyik menangis”

Ini memang banyak sanagt terjadi. Susu ibu mudah hadam, jadi baby akan kerap menyusu dan menyusu dengan lama. Baby juga kadang2 maca tak puas sebab dia nak masa “breastfeed yang lama” kerana rasa selesa dan kasih sayang lebih.

Yang penting kita pastikan berat baby menaik, baby sihat, dan kekerapan normal buang air.

Perut baby kecil jek. Jadi tak perlu susu banyak pun pada hari2 pertama kelahiran. Cuma dia perlu kasih sayang lebih.

Mitos 5

“baby perlu minum air masak selepas breastfeed”

ha yang ni amalan mak2 kita dulu. Tapi findings sekarang mendapati amaln ni tak de keperluannya. Dikhuatiri air masak ni akan replace kahsiat susu ibu.

Kesimpulannya : apapun info yang kita dapat, amalkan selalu buat double check. Moga kita dapat ilmu yang betul . If ada kesilapan dalam info kak yan ni, silalah tegur ye.

 

 

 

 

 

 

 

 

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: