Ubat Homeopathy Ada Kesan Sampingan??

Shares

Tiba lalu kat fb tentang isu ni harini. Kak Yan adalah pengamal homeopthy sejak tahun 2014 lagi (lebih kurang lar). Itupun sejak anak kak Yan yang no 2 seolah2 sudah resistant “kebal” dengan ubat hospital.

Kalau demam tinggi, masuk sub voren tak turun-turun suhu. Piriton, antibiotik dah macam rutin setiap bulan sebab selain selsema, eczema, dia juga ada otitis media (telinga berair macam ada hingus keluar).

Kak Yan mula mencari alternatif sejak dia 2 tahun. Alhamdulillah dia serasi dengan homeopthy, quranic food dan habbatussauda.

So harini, kak Yan terpanggil nak share sedikit info tentang homeopathy. Info ni kak yan ambil dari fb Dr Suriyakhtun.

ni adalah dakwaan beberapa pihak tentang ubat homeopathy.

Ada yang mendakwa ubat Homeopathy juga ada kesan sampingan seperti perubatan hospital. Betul ke? Jom dengan apa jawapan Dr Suriya

Mula -mula dulu kata ubat homeopathy adalah placebo, semata air tanpa sebarang kesan.

Sekarang kata ubat homeopathy ada kesan sampingan. Mana-mana ubat yang mampu janakan kesan sampingan bererti ubat itu ada kuasa menyembuhkan atau mengubahkan tindak- tanduk badan.

Sebenarnya dua -dua dakwaan itu salah sebab dari awal lagi, cara untuk dapat tahu kuasa mengubat setiap penawar homeopathy adalah dengan cara mengambil ubat berkenaan dalam nano dos sehingga badan mengeluarkan simptom penyakit . Ini di namakan homeopathic drug proving.

Ini dari awal Dr Samuel Hahneman mula buat kajian untuk cari prinsip rawatan yang dia fikirkan mengikut undang-undang alami . Konslusi yang dia buat : Similia Similibus Curentor .
Apa yang boleh menyebabkan penyakit boleh merawat penyakit .

Adakah drug probing merbahaya . TIDAK sebab gejala dan semboyan yang timbul hilang tanpa kesan bila penawar dihentikan.

Adakah akan bawa kesan negatif bila ubat homeopathy di ambil tanpa indikasi yang tepat pada tempoh lama dan kerap ?
Ya akan ada gejala negatif maka sebab itu saya selalu pesan hentikan bila sudah sembuh atau tidak membawa kesan positif setelah mengambil beberapa hari .

Itu jugalah sebabnya saya tegur pengamal homeopathy yang suka berikan ubat banyak dan kerap dan ada bukti beberapa kes yang dapat gejala dan semboyan bukan dari penyakitnya tetapi sebab berlaku drung proving .

Lagi satu gejala dalam homeopathy adalah healing crisis yang sering berlaku sebelum penyembuhan . Saya sendiri cuba minimakan healing crisis dengan cara kecilkan dos walaupun dos sudahpun dos nano dan jarakkan pengambilan ubat . Namun masih ada pesakit saya yang alami healing crisis , terutama pesakit yang sebelum ini telah banyak guna ubat hospital . Tindak balas detox dan healing crisis berlaku tetapi bila di tangani dengan betul dan teliti akan hasilkan penyembuhan yang baik .

Nanti saya post link kepada artikel tentang homeopathic drug proving dan healing crisis dalam bahagian komen… jeng2 kita tunggu ye. nanti kak yan share kan sambungannya.

credito :  Fb Page www.facebook.com/groups/drsuriyakhatun/

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment:

2 comments
Shikin says August 17, 2018

Bagaimana pula dengan homeopati utk kecerdasan anbak2 mcm minda

Reply
    Kak Yan says April 18, 2019

    Setakat ilmu yg kak yan ada, dari kelas bersama Dr Suriya, pengambilan ubat homeopathy perlu ada pantauan dari expert.

    Jadi sebelum ambil apa2 ubat perlu berjumpa dengan pengamal homeopathy.

    Reply
Add Your Reply