Susahnya Menulis

Shares

Ya Allah, bersawang sudah blog azyanmasiron.com ni. .. kalau cek recent posts kat blog, last Kak Yan menulis : march 2018..mak ai teruk betul..adus nak berguling-guling rasa.

Kak Yan ni memang agak sukar untuk menulis..tangan tu macam kaku je..

Tapi kalau bab bercakap, insya Allah memang masa jadi lecturer dulu pun tak perasan kalau kelas 2 jam. Itulah kan, kelebihan masing2 kan.

Anyway, since jadi “work at home mom”, skills menulis dan berusaha untuk SUKA menulis tu sangat penting.

Sebab, internet boleh jadi medium yang sangat baik dan peluang yang sangat besar untuk sebarkan pengalaman yang mungkin boleh jadi ilmu yang bermanfaat untuk orang yang membaca.

2019!!!! Arghhh.. mampu ke Kak Yan menulis dengan lebih baik tahun ni???

Kenapa susah sangat nak menulis??

Betul jugak tu macam dalam gambar dekat atas : “writing is thinking”. Mungkin perlu kurangkan berfikir untuk banyak menulis..ahaks.

Tahun ni Kak Yan mencabar diri untuk menulis (ya Allah tolong lar). Memang susah, tapi bukan MUSTAHIL. Teringat dulu pesan cikgu English, Mr Tan Eng Chuan yang dia kongsikan dari kata-kata Napolean Bonarparte. “Impossible is only in the dictionary of the fools”

ok. All the best to me myself.

Positif dengan Allah.

Salam dari kak yan, bicara pertama 2019.

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: