Kepentingan Suplemen

Shares

Penting ke suplemen??

Pada Kak Yan sangat penting. Sebab dalam dunia harini, kita tak mampu untuk sentiasa mendapatkan nutrisi yang cukup hanya dari makanan.

Kak Yan tertarik dengan perkongsian Dr Zubaidi. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Berikut kak yan sertakan perkongsian dari Dr Zubaidi.

PENGAMALAN SUPLEMEN PERLU JIKA TIDAK MAKAN MAKANAN YG SEIMBANG
5 MARCH2019

Penerbitan perubatan terkenal, Journal of the American Medical Association (JAMA) telah menukar pandangan terhadap pengambilan suplemen vitamin.

Selama ini, (sejak tiga puluh tahun dulu) JAMA sebagai penerbitan rujukan para pengamal perubatan di Amerika, berpandangan bahawa orang yang normal tidak perlu mengambil sebarang suplemen vitamin.

Kebanyakan pendapat sebelum ini mengatakan bahawa sumber nutrien selama ini hanya cukup melalui pemakanan yang kita makan.

Tetapi berdasar pada beberapa kajian yang dilakukan, JAMA mula mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya satu pil multivitamin setiap hari.

Menurut Dr Fletcher dan Dr Fairfield dari Universiti Harvard yang menulis panduan terbaru di JAMA mengatakan “kebanyakan orang tidak mendapat kuantiti kesemua vitamin yang secukupnya dari pemakanan yang mereka ambil”.

Mereka juga menyatakan “pengambilan kesemua vitamin dalam dos yang tidak mencukupi dalam tempuh masa tertentu akan menyebabkan masalah penyakit kronik, terutama pada usia tua.

Mereka berpendapat, bahawa semestinya penambahbaikan nilai pemakanan (dengan ubah cara pemakanan) adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit kronik, tetapi sepertimana yang para pengamal perubatan ketahui bahawa agak sukar untuk mengubah cara pemakanan seseorang pesakit.

Dalam pandangan saintik yang diterbitkan(2), mereka menarik perhatian pengamal perubatan tentang kaitan positif antara pengambilan vitamin B dengan penyakit kardiovaskular, kecacatan
sejak lahir “neural tube defects”, dan kanser usus besar dan payudara.
Begitu juga pengambilan vitamin D untuk mencegah osteoporosis.

Mereka juga mengatakan dengan jelas, bahawa pengambilan antioksida (vitamin A, E dan C) dalam dos yang terlalu rendah dalam makanan boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.

Pengambilan vitamin E dan carotenoid lycopene, sebagai contoh, merendahkan risiko mendapat penyakit kanser prostate.

Namun begitu, tidak semua orang sesuai mengambil suplemen multivitamin. Ia bergantung pada keperluan individu.

Ambillah suplemen berdasarkan keperluan setelah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan tinggalkan cara pemakanan yang sihat.

Perubahan pandangan dalam dunia perubatan moden adalah sesuatu yang sentiasa berlaku mengikut situasi semasa.

credito Dr Zubaidi

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: