Cara Mengenal Madu Asli

Shares

Salam semua.

Penting ke kenal madu asli???

Hari ini kak yan nak share tentang cara mengenal madu asli. Tak semua madu di pasaran itu asli.

Melihat pada satu dokumentari dalam Majalah 3, memang mengerikan hasil kajian mereka, hampir 80% madu di pasaran adalah madu tiruan atau madu asli yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain termasuk gula putih yang banyak.

Fuh, takut kan.. kita amalkan madu setiap hari sebab nak dapatkan khasiat madu asli dan menjadi lebih sihat dengan izin Allah, tapi kalau tersalah pilih madu yang tidak asli / madu tiruan maka makin sakit jadinya.

Dari dulu sampai sekarang macam jadi satu trending orang buat kajian cara mengenal madu asli untuk menentukan madu tersebut asli atau tidak. Macam-macam gaya “khidmat alam semesta” yang diaorang guna untuk mengenal madu asli..he3.

3 Cara Mengenal Madu Asli

Berikut adalah cara mengenal samada madu asli atau madu tiruan.

#1 – Ujian Sarang Lebah

Di antara cara mengenal madu asli yang dipercayai sejak turun temurun adalah “ujian bentuk sarang lebah”.

Caranya mudah. Hanya letak madu atas piring putih kemudian letak sedikit air. Selepas itu gerakkan piring tersebut. Sekiranya nampak bentuk hexagon (seperti sarang lebah), maka madu itu dikatakan asli. Eh, ye ke?

Padahal kicap pekat pun boleh terbentuk sarang heksagon itu.,he3 Wajarlah setiap tahun peniaga kita import 3000 tan madu dari China, Australia dan Vietnam.

#2 – Ujian Semut

Letakkan madu di atas piring dan tunggu semut datang. Dipercayai jika madu itu dihurung semut ia tidak asli kerana semut tertarik pada gula yang ada didalam madu tersebut.

Tapi pada hakikatnya, madu asli mengandungi gula semulajadi yang tetap menarik minat sang semut.

#3 – Ujian Api

Disebabkan terlebih pandai manusia sekarang ni dalam memalsukan madu, hanya ujian makmal sahaja yang boleh tentukan keaslian madu dengan lebih tepat. Nak tau asli atau tidak, lihat hasil ujian makmal.

Lihat bacaan sukrosa nya jika diatas 10, confirm gula. Lihat bacaan HMF nya jika diatas 50, confirm dimasak. Jika madu Tualang lihat Total Phenolic Content nya, pada lazimnya ia mesti diatas 30.

Ciri-ciri Madu Asli

Warna yang tidak konsisten

Antara ciri-ciri madu asli yang Allah sebut dalam al-quran ialah warna madu yang tidak konsisten.

“… يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ,…”

“…..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya,…” – An-Nahlu 69

Warna Madu Tualang Asli

Warna Madu Tualang Asli

Variasi Warna Madu Tualang Asli

Menarikkan variasi warna ni. Paling rare kak yan pernah jumpa adalah madu tualang yang berwarna jernih. Tapi sayang kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat.

So, kesimpulannya memang susah nak tentukan madu asli atau tidak dengan tepat kecuali dengan ujian makmal atau kita beli dengan direct pemburu madu yang kita percayai.

Di sini Kak Yan mencadangkan Madu Quad iaitu madu tualang asli yang diuji di makmal dan mendapat kelulusan daripada UKM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa cara anda tentukan keaslian madu lebah? Jom kongsikan dengan Kak Yan di ruang komen di bawah dan sekiranya artikel ini berguna, sila klik button SHARE.

About the Author Kak Yan

Work at home mom. Passion in parenting, Quranic food, breastfeeding, online business and community work. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

follow me on:

Leave a Comment: